Tiba-tiba rasa nak menulis di pagi hari ini. Idea tulisan tidaklah segempak mana. Sekadar perkongsian yang tidak seberapa.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa cucur malas? Apa itu cucur malas? Untuk yang malu bertanya tetapi semangat inkuiri tidak lagi terkawal, sebenarnya tiada apa-apa simbolik nama url ini direka. Ianya sekadar sejenis gorengan ibu penulis yang menjadi kegemaran penulis apabila pulang ke kampung. Sungguh sedap di calit dengan sos cili. Terima kasih ibu!
Mungkin timbul pula persoalan lain, kenapa cencalok? Serasa minda tidak mungkin ada yang akan bertanya apa itu cencalok kerana semua sudah sedia maklum cencalok itu adalah sejenis bahan yang dimakan bersama nasi. Untuk menjawab persoalan mengapa cencalok, tiada jawapan yang pasti. Hanya sekadar suatu jenaka kosong yang tidak menjadi dan akan ditukar apabila sudah bosan.
Penulis tidaklah berminat untuk berkongsi semua perkara yang berlaku dalam ruang lingkup kehidupan penulis, mahupun perasaan suka duka nestapa, apatah lagi hobi dan cita-cita yang ingin dicapai. Matlamat utama cuma ingin berkongsi sesuatu yang penulis rasa perlu, berdasarkan fenomena dan suasana yang berlaku pada hari ini. Bukanlah niat hendak menandingi Dr Fadzilah Kamsah, Dr Rozmey atau segala macam pakar motivasi dan penceramah bebas, buah fikiran ini dikeluarkan hasil rasionaliti dan logikal yang sudah penulis ukur, jadi ianya sesuai untuk semua peringkat umur, jantina dan tempat tinggal pembaca, selagi pembaca tidak buta huruf dan fasih berbahasa Melayu.
Untuk seberapa ketika, masih tiada isu yang hendak dilebarkan. Tambahan pula komputer riba penulis masih dipangkuan jurutera elektronik di kaunter pembaikan komputer di Digital Mall Seksyen 14 Petaling Jaya. Maka blog ini tidak dapat dimeriahkan namun pembaca dijemput mengimarahkan blog ini tanpa segan silu. Buatlah seperti di blog sendiri. Cuma diharapkan tetamu semua menjaga tatasusila masing-masing. Insya-Allah selepas ini, akan ada isu-isu suam-suam kuku panasnya akan diperkatakan dalam blog ini. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment